Add This Floating Notification Bar To Your Blog Click Here!

X


Selamat Datang Ke Panduan Pengaktifan Simkad Bestmobile Untuk Member Bestmobile.

Amaran : Sebelum anda mengaktifkan simkad Bestmobile ahli anda, pastikan anda telahpun didaftarkan dan mempunyai ID Bestmobile.

Hanya ahli Bestmobile yang ada ID baru boleh mendaftarkan ahli mereka.


Sebelum BERMULA! Dapatkan maklumat ahli dulu!


Berikut merupakan maklumat yang perlu disubmit semasa mendaftarkan ahli baru :

i) nama penuh (contoh : Mohd Ali Bin Abdullah )
ii) no kad pengenalan, no. tentera/polis atau no passport (warga asing sahaja) (contoh : 780823-08-5111)
iii) alamat penuh (contoh : 27, Jalan Pakatan Jaya 12, Pakatan Jaya Mas, 12345 Ipoh, Perak)
iv) 6 digit no siri terakhir (contoh 038884)
v) no telefon Bestmobile (contoh : 0113 852 545)

Nota : item no iv dan v boleh dapat di simpek Bestmobile


Cara-cara Pengaktifan ahli


Langkah 1 : Masukkan sim Bestmobile anda yang telah diaktifkan ke handset, taip *149# dan tekan CALL


Langkah 2 : Pilih bahasa, contoh masuk '2' dan tekan 'send'


Langkah 3 : Masukkan no. telefon Bestmobile ahli anda (no Bestmobile boleh didapati di simpek), lepas masuk nombor, tekan 'send'


Langkah 4 : Masukkan ID anda, jika TIADA ID, anda tidak boleh daftarkan ahli baru (AMARAN : sila double check ID penaja anda sebelum mengikut langkah seterusnya, jika silap, ahli akan dimasukkan ke penajaan ahli tersebut.). Masukkan ID anda seperti 'BM0015356' dan tekan 'send'.


Langkah 5 : Masukkan nama penuh ahli anda, contoh : 'Mohd. Ali Bin Addullah' dan tekan 'Send'.



Langkah 6 : Masukkan negeri ahli anda, contoh jika ahli anda dari negeri Terengganu, masukkan 'terengganu' dan tekan 'send'.


Langkah 7 : Masukkan 6 digit terakhir no. siri simkad, (no.siri boleh didapati di simpak dimana ia dicetak belakang simkad bahagian bawah 'barcode'. No. siri terdiri daripada 15 digit tetapi anda cuma perlu masuk 6 digit yang terakhir sahaja, contoh "11111 22222 33333', anda cuma perlu masukkan '233333' sahaja. Selepas masuk, tekan 'send'.


Langkah 8 : Masukkan no. kad pengenalan, no. passport atau no. tentera/polis ahli anda, contoh '780823085739' dan tekan 'send'.


Langkah 9 : Masukkan alamat penuh ahli anda, contoh '27, Jalan Pakatan Jaya 17, Pakatan Jaya, 31200 Ulu Kinta, Perak' dan tekan 'send'



SELESAI!




Selepas anda dapat mesej ini, ini bermakna proses pendaftaran telah selesai, sekarang anda boleh hubungi ahli anda bagi memberitahu mereka bahawa simkad mereka dah didaftarkan dan sedia digunakan. 

Suruh mereka masukkan simkad kedalam handset mereka dan tunggu pengesahan SMS dihantar dari Bestmobile.


Dalam sms ini, akan disertakan no ID Bestmobile, contoh "BM001XXXX" serta kata laluan (password) login ke http://www.bestmobileofficial.com (bukan www.bestmobile.my seperti yang tertera)

Langkah Seterusnya!


Selepas ahli mendapat password tersebut, suruh mereka akses ke laman web http://bestmobileofficial.com/  


dan login dengan klik "VIP Member Login"



Masukkan User ID dan Katalaluan seperti yang diterima dalam SMS dan klik "login'. Selepas login sila klik bahagian "kemaskini profil' untuk kemaskini maklumat peribadi anda.


Ulangi langkah pengaktifan yang sama setiap kali registerkan ahli anda.


PERINGATAN!


Apabila anda keyin data ahli, beberapa perkara anda mesti ambil perhatian.

1. Topup RM60 keatas dahulu sebelum mendaftarkan ahli lain, sebab jika kredit topup lebih daripada RM60, komisyen fast track untuk setiap pendaftaran adalah RM20, jika kurang dari RM59 atau tidak topup, komisyen fast track anda adalah RM15 sahaja!

Anda boleh topup cara cepat melalui online http://www.friendimobile.my (rujuk tutorial topup)

2. Jika anda salah masuk info contoh no siri dan no telefon Bestmobile, anda akan terima message seperti berikut selepas pendaftaran selesai. 


Mesej ini menyatakan terdapat kesalah info dan menandakan proses pendaftaran anda tidak berjaya, Sila buat semula dari mula dan pastikan maklumat yang anda keyin adalah betul. Sila hubungi ahli anda untuk pengesahan maklumat atau hubungi upline jika keadaan berterusan.

3. Jika anda dapat mesej seperti ini. Ini adalah berpunca daripada masa keyin tertangguh terlalu lama. 



Untuk mengelakkan keadaan ini terjadi, berikut merupakan beberapa tips :

i) salin semua maklumat secara jelas di kertas
ii) semasa keyin, jangan guna huruf besar atau simbol, sebab ia akan menjimat masa keyin
iii) guna hp yang skrinnya besar, contoh jenis 5" ke atas
iv) guna smartphone
v) daftar di kawasan yang mempunyai signal yang bagus

Sekian,


Boon
Team Fast Start








Your Message here